Wednesday, May 31, 2017

Nikmat Kenangan~



Bismillahirrahmanirrahim….

Segala puji bagi Allah yang mengizinkan semuanya berlaku. Tiada apapun yang berlaku tanpa pengetahuannya, hatta gugurnya sehelai daun pun!

Syukur tak terhingga diberi nikmat berkasih sayang dan diizin hati menyimpan rindu dan menyemai kasih berbekalkan kenangan sahabat-sahabat lama yang tinggal sebumbung, makan sepinggan, tidur sebantal, gaduh sekandang, baik lepas sembahyang…. 

Mabrook buat adik tersayang Hanan setelah mendirikan rumah tangga. Moga di murahkan rezeki, dipanjangkan umur, dapat “harta” yang soleh dan solehah….


Nikmat manakah lagi yang ingin didustakan?

Moga nikmat persahabatan ini tinggi nilainya dimata Pencipta….

 Note to self: Rasulullah adalah sahabat yang terbaik kepada sahabat-sahabatnya, moga dapat amalan sunnah dari ukhuwwah yang dipelihara ini..

 


p/s: Rindu zaman-zaman kanak-kanak, dimana definisi stress hanya menjelma pabila tidak dapat bermain hujan, bertemu kawan-kawan untuk panjat pokok jambu, berbasikal ke kampung sebelah, dan tidak lupa jerih-perih merantau bersama sahabat handai ke negeri orang (walaupun dalam Negara sendiri)….. 



Moga kasih sayang kerana Allah ini, mendatangkan redha Allah dan diganjarkan naungan di Akhirat kelak.

Ada diantara kita yang agak prejudis dengan persahabatan kerana tidak suka kepada mereka yang menyakiti. Namun, keindahan nikmat menyayangi dan disayangi itu jauh lebih besar nikmatnya!!

Mark my word!

Jazzak~



Monday, May 29, 2017

Bukan Mudah Mengungkap Rindu....



Terlihat naskah Dibawah Lindungan Ka’abah, coretan Pak Hamka …. Mafhum sudah saya, akan isi kitab ini suatu ketika dahulu..

Benar, kita anak muda kini punya cara berfikir yang lurus. Luah rindu buat bunda sahaja bergitu lurus tanpa ada gambaran, personafikasi apatahlagi emosi. Semua hanya digayakan ‘emoticon’ tanpa perkataan. Walau tidak kaya kosa katanya, namun tidak fakir jua rasa cintanya, bukan? 

Mengekspresikan rasa rindu, adalah salah satu tarikan utama tulisan-tulisan fiksyen Pak Hamka. Benar, jika melalui tulisannya sahaja tanpa nama, tiada siapa yang tahu akan status ulama’ nya.  Namun, yang bergitu menarik dalam nukilan insan istimewa ini adalah ujian kehidupan protagonist-protagonis yang dihimpit kesusahan, kematian dan keperitan hidup. 

Namun, di hamparkan jua fitrah hati jiwa manusia yang memang suka menikmati perasaan cinta. Dan diperlihatkan jua peperangan manusia dengan  fitrah kecintaan mereka sendiri dalam pentas kehidupan yang telah tertaqwimnya pelbagai badai ujian menurut ketentuan Sang Pencipta. 

Rasa rendah diri yang dinukil dengan analogi halus

"emas tak setara dengan loyang, sutra tak sebangsa dengan benang "

Indah....

Benar, terkadang kita menyimpulkan bahawa cinta itu mainan jiwa, melalaikan dan menyakitkan. Fitrah yang dibenci oleh sesetengah golongan asbab tidak mampu menanggung perih pahit kekecewaan kerananya. Nah, “Dibawah Lindungan Ka’abah ini” kisahnya pendek, namun mampu menjatuhkan air dari kelopak mata di akhir perjalanan kisah Hamid dan Zainab.

Kesimpulannya…

Cinta yang menjadikan kita lemah sekaligus menjadi ‘hamba cinta’ yang lupakan Tuhan? Itu hamba nafsu!

Cinta yang menghadirkan rasa fakir dan lemah dihadapan tuhan…… nah, itu hamba Tuhan, bukan hamba cinta….


note to self: Love fiksyen ni lagha sikit, so jangan indulge too much into it.... sekian~



#ramadhan kareem~

Sunday, May 28, 2017

Sahabat, Sakit dan Iman....



Bismilllah, In the Name of Allah, the most Gracious and the most Benificient…


May Allah ease our journey to Jannah and provide us barakah in time, rizq, health and increase our knowledge. The more knowledge we equip ourselves with ilm (knowledge), the more closer we are to Allah, the more cautious steps we’d take in living life with taqwa.


Lawatan ke hospital melihat rakan baik dan rapat di bangku sekolah hingga kini, bergitu terkesan di hati. Beberapa hari membayangkan diri sendiri yang berada di atas katil putih itu dengan kaki yang bengkak dan disahkan buah pinggang rosak kedua-duanya. Hanya punya pilihan untuk memilih diantara dua kaedah dialysis. 


Pelbagai ucapan menyuntik semagat yang diberikan, namun yang teruji, tetap teruji.  Tubuh yang mula susut, perut yang sudah ditebuk untuk tujuan dialysis sementara, kaki yang membengkak, belum mampu berjalan se-normalnya.  Moga setiap kesakitan dianugerahkan keampunan, malahan moga setiap inci kesabaran Allah karuniakan dengan ganjaran yang besar dalam bulan mulia dan barakah ini.


Moga Allah karuniakan kekuatan buat sahabat solehah Sakinah. 


Lihatlah ujian-ujian besar keatas orang lain, supaya kita tahu kita masih belum hebat diuji dan sedar bertapa besar erti  kesabaran…


O Allah, have mercy on us, grant blessing upon us, as, there are no way for us to enter paradise without it..