Saturday, January 28, 2017

My Mary Jardin Diary

Introduction to Mary Jardin:

Mary Jardin is a new brand that specializes in natural and organic skin care apothecary. Founded by a medical doctor in 2016 and started with a small team of experts, we now have hundreds of sales agents across Malaysia to cater your demand.

We take pride in combining nature and science to create a cutting edge skin care formulation and bring you safe, effective and luxurious skin care yet affordable.

Mary Jardin is dedicated to your skin health and vitality. As we continue to grow in popularity, rest assured that our quality is still at its finest. Using only premium ingredients in our products, our lovingly handcrafted Lavender Garden skin care range promises “Mary Jardin delivers Lavender from the wilderness right to your skin!”

Ya Rabbi Ya (In Team ft Adik Viral)

Humming the new In Team song, on and on and on~

Ya Rabbi Ya...Ya Rabbi Ya~ Adik ni viral jugak~
Akan aku teguh
Tuk bisa menerima
Tak rela ku dikabur
Malah terima kesan sampingnya

Aku nyanyikan lagu
Cuba kau hayatinya
Agar ini membantuku
Sedar bahawa kebesaran-Nya

Yakinlah kan ada
Sesuatu menantimu
Selepas kesabaran
Kau jalankan di dunia

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah
(repeat)

Rasa sakit kamu
Sama dan serupa
Mungkin ada yang berbeza
Cuma menghadapinya

Cepat atau lambat
Apa nak dirisaukan
Maju seperti biasa
Kuatkan keimanan

Yakinlah kan ada
Sesuatu menantimu
Selepas kesabaran
Kau jalankan di dunia

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah
(repeat)

Ah! Check
Sifat terburu-buru
No! Jangan terburu
Masa boleh atur
Berundur bukan maksud berputus asa
Cuma belajar berserah
Telaah agar jadi kuat dan tak beragah
Di pagi ku nanti ku pasti
Ku perlukan-Mu juga lagi
Bersujud selagi ku wujud

Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ya Rabbi Ya
Ku berserah
(repeat)




Monday, January 23, 2017

Penyembuh Kesedihan~

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun,

Yang mengizinkan kami berada di dalam ujian samada kecil mahupun besar. Kagum melihat orang yang susah, namun bahagia. Namun agak pelik juga melihat orang yang senang, tetapi memilih untuk hidup di dalam rumah yang kecil, berkenderaan sederhana dan keluar melihat masyarakat dalam keadaan berpakaian sama seperti mereka yang kurang berkemampuan. Ajibtu~

Memilih untuk tidur di lantai, tetapi mempunyai tilam....
Memilih untuk menjahit pakaian sendiri, tetapi punya isteri....
Memilih untuk bercampur-gaul dengan masyarakat, tetapi kurang masa dengan diri sendiri,
Memilih untuk berkongsi makan dengan golongan asnaf/ fakir, tetapi tidak punya banyak wang untuk makanan sendiri....
Memilih menghabiskan wang lebihan untuk berinfaq, padahal boleh berbelanja mewah....


Merasa berada dekat dengan Allah

Terkadang memilih hidup yang bersederhana itu yang memudahkan kita rapat dengan Allah. Wallahi, jauh lebih rapat.....

Pilih untuk tidur diatas lantai, supaya mengejutkan diri lebih mudah untuk bertahajjud....
Pilih untuk makan nasi dicampur air, lebih menginsafkan diri terhadap kesusahan saudara yang ketiadaan makana...
Pilih untuk berpuasa walaupun mampu menghidang makan nan mewah, untuk menambah keimanan dan ketaqwaan...
Memilih untuk berusaha lebih dalam kehidupan, bukan untuk kemewahan dunia, tetapi mencari perhatian Allah.....

berusaha menundukkan hati pada akhirat, 
berusaha meyakinkan diri bahawa dunia ini hanya tempat bersusah payah untuk bercucuk tanam sahaja.... 

mereka yang bergitu memahami sifir kehidupan......

Cinta perlu pengorbanan bukan? 
Dan pengorbanan demi cinta itu pahit, akan tetapi buat sang pencinta ianya manis bukan?

Ya, manis..... Hanya pada yang menyerahkan cintanya pada yang Maha Sempurna~

Terjawab sudah rahsia pelik kebahagiaan mereka.... inilah asbab mereka gembira bukan?
Kayanya jiwa~
Knock Knock Heart~ Is Imaan There?
Jazzak~

Sunday, January 22, 2017

Perfectionism....


So, I'm dealing with a perfectionist.
the unperfect..... condemning the unperfect...
pathetic, yet humans are like that....
difficult homosapiens....

remedies for the soul:
قال صلى الله عليه وسلم: (المسلم إذا كان مخالطًا الناس ويصبر على أذاهم، خير من المسلم الذي لا يخالط الناس ولا يصبر على أذاهم) ( رواه الترمذي)


Sabda Rasulullah SAW : “ Seorang muslim apabila dalam pergaulan dia disakiti lalu dia sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh manusia, lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia TETAPI dia tidak sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh mereka.” ( Riwayat Imam Tarmizi )


 
How fragile....... are we not?

So Allah nak bagi pahala sabar.... Deal with open heart~
Biiznillah~

Wednesday, January 11, 2017

Aku Sudah Jatuh Hati

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Secara rasminya ingin mengumumkan hati ini sudah jatuh terjelupuk, tergolek berguling-guling hingga menangis dan ketawa.... jatuhhhhh~

Rare design dia!
Dengan ini, secara rasminya pada tahun 2017, saya mahu mengisytihar diri ini sudah jatuh hati dengan bidang pendidikan walaupun energy di tahap 5% waktu balik sekolah. Mohon tidak tertipu dengan gambar hiasan diatas. Selingan sahaja, asbab designnya pun mencairkan hati nan banyak kolestrol ni. 

Ironinya di zaman persekolahan dahulu, jemu bebenor dengan sekolah. Rasa dah tak sabar nak beredar dari tanah kelahiran ini untuk menghirup udara diperantauan. Nak jadi guru? Jauh api dari panggang, kerana pengalaman praktikal di sekolah dahulu bukanlah pengalaman yang indah. Menitis air mata melayankan sikap pelajar yang sedang meniti alam dewasa. Sikap dan lagak anak-anak muda yang sungguh memeritkan hati banyak melatih para pendidik untuk bersabar, dan membentuk suatu social skill baru untuk menghadapi mereka. Hati sudah bulat, tidak sabar dan tidak tahan!!

Tidak sungguh menyangka bahawa rancangan Allah menghantar diri ini ke tampuk para pendidik SEMULA  berstatus sandaran beberapa kali dan kemudian part-time tutoring, membuahkan rasa cinta akhirnya. 

Bukanlah dari golongan hebat pandai, cuma nikmat mendidik itu, memang luar biasa! 

Betul, tak tipu!

Dahulu mungkin dalam hati ini, jangkanya mendidik itu hanyalah sebuah profession yang boleh dilakukan sesiapa sahaja, namun, dari masa ke semasa, tanpa disedari semacam ada satisfaction yang tinggi sekiranya metod-metod baru yang digayakan ketika mengajar mula membuahkan hasil dan mencapai objektif DSKP... 

Macam menjalankan kajian makmal gayanya~

Beberapa minggu lepas saya mula lebih tersentuh dengan hadith ini:


Dan kemudian, beberapa hari lepas, tersentuh lagi:


Kita merancang, Allah juga punya rencana....

Ada yang bekerja sealiran dengan jurusan pendidikannya,
Akan tetapi, ada juga yang beralih arah.....
Guru sejarah saya juga berkelulusan Undang-undang, akan tetapi bergitu dalam minat mendidiknya...

Moral entry hari ni mudah....
Matlamat hidup, mesti mahu perhatian daripada Allah.... hadirkan sikap ini tidak kira apa jua profession yang diceburi....

Hatta profession menjual ais krim calong sekalipun! Uih sedapnya!

Mode: buru ais krim bermula esok!

Moga Allah beri kita kekuatan untuk "walk the talk"...

Jazzak~


Sunday, January 8, 2017

Puisi Indah Letto: Ruang Rindu

Lirik lembut dan lunak Letto~

Di daun yang ikut mengalir lembut 
terbawa sungai ke ujung mata 

Dan aku mulai takut terbawa cinta 
menghirup rindu yang sesakkan dada 

Jalanku hampa dan ku sentuh dia, 
terasa hangat di dalam hati 

Kupegang erat dan kuhalangi waktu, 
tak urung jua ku lihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan selalu kuingat 
kerlingan matamu dan sentuhan hangat 

Ku saat itu takut mencari makna, 
tumbuhkan rasa yang sesakkan dada 

Kau datang dan pergi begitu saja, 
semua ku terima apa adanya 

Mata terpejam dan hati menggumam, 
di ruang rindu kita bertemu

Kau datang dan pergi begitu saja, 
semua ku terima apa adanya 

Mata terpejam dan hati menggumam, 
di ruang rindu kita bertemu

Rindu itu fitrah, tidak boleh di tolak, namun bisa dipandu~

Wednesday, January 4, 2017

Tanda Sayangkah?

Bila anak-anak saudara sudah ramai, suka pula menyakat mereka dengan ajukan pelat dan ugutan-ugutan kecil supaya boleh di dukung, di cium dan dibawa berjalan-jalan. Lagi cerdik, lagi seronok disakat… bila sudah besar sedikit, mulalah mereka ditakut-takutkan;

aisyah, madiha, mawaddah dan nurul.... 7 years back
 Adik, ada momok dekat sana… jangan pergi…
Abang, jangan nakal-nakal, nanti polis datang tangkap
Jangan main kotor, nanti ada cacing masuk dalam tangan, pergi dekat perut..
Jangan lari-lari, nanti jatuh kaki patah masuk hospital…. (lari je pun….)

Tatkala masing-masing sudahpun menginjak remaja, orang-orang tua kita berhenti dengan perbuatan ini kerana mereka tidak mahu dihujani persoalan si bijak pandai yang tahu akan membebelkan mereka semula dengan penipuan-penipuan berbaur ugutan nan tidak munasabah ini.

Tanpa disedari, setelah kita menggantikan watak mereka dalam memantau anak-anak kecil, what goes around, comes around. Semua momokan orang-orang tua dahulu, telah menjadi momokan kita pula, pada generasi seterusnya. Unconscious action yang dibawa dek unconscious mind. Namun bergitu, setelah kita mencapai ke fasa bergitu, suatu pengajaran besar yang dapat kita pelajari, semua “taboo” yang dimomok-momok kan oleh orang tua itu, adalah permainan mulut, supaya kita tidak membahayakan diri dengan perkara-perkara yang tidak baik…. Tanda sayang sebenarnya~

Dan kita pula mendapat penyakit yang sama tanpa disedari, kerana metod ini bergitu effektif sekali!!!

[^.^]

Entry merapu…. Tujuan penulisan hanya untuk mengimbas memori dan muhasabah diri sendiri yang juga kena penyakit yang sama….
 

Selingan:
Masa kecil, mak pernah berpura-pura tidak bangun apabila saya memanggil-manggil. Saya gerakkan tubuhnya berkali-kali… masih tidak bangun. Saya meletakkan jari di hidungnya, tiada nafas! Saya mula panik beberapa ketika. Mak yang tidak tahan dengan lakonannya dan lelah menahan nafasnya, bangun dan ketawa semahu-mahunya kerana melihat kita terpedaya....merajuk sungguh hati ni…………………….. walaupun masih kecil, namun hati saya sangat terusik dengan gurauan itu. 

Tanda sayang juga!!!

Jazzak!!