Friday, June 24, 2016

Danish Pakar Rambut Anda

Bismillah...

Bulan lepas, balik rumah tak sempat masak, jadi bawalah Ashraf dan Danish makan dekat Wakaf Singgora Taman Universiti. Melompat seronok sakan dapat makan kat kedai naa.... Kopak maksu. Perut kecik, tapi oder demand sungguh masing-masing.


Tengah-tengah makan, Danish tersenyum-senyum dengan orang meja belakang. Kawan sekolah rupanya. Suka tengok budak-budak berinteraksi dengan kawan-kawan yang dia jumpa. Biasalah budak-budak kalau jalan dengan family dan jumpa kawan, masing-masing tersipu segan.

Masa balik, interrogate Danish dalam kereta...

"Dik, siapa tu? Kawan sekolah ke kawan dekat perumahan?"
          "Kawan sekolah lah..."
"Sama kelas ke?"
           "Ha'ah, sama kelas...."
"Nama dia siapa?"
            "Zul"
"Nama penuh dia apa? Takkan Zul aje?"
            " Nama penuh dia Zulpakar.... tapi dekat sekolah semua panggil dia  "Zulpakar rambut anda"
".......(ketap bibir kuat supaya gelak tak terkeluar....sambil menarik nafas dalam-dalam...."
 
.................selepas beberapa kali tarik nafas sampai hilang gelak...... aku teruskan dakwah aku.....


"Adik, berdosa kita ejek orang macam tu...Allah tak suka, nanti dapat dosa.."
         "Adik pun tak taulah... sebab semua orang panggil. Dia pun dah tak kisah.."
"Kalau semua orang buat pun, belum tentu benda tu betul.... Jangan panggil macam tu lagi tau..."
          "Ok..."

p/s: kadang-kadang, benda yang tak baik ni, kelakar sangat sampai kita gelak terbahak-bahak... kalah maharajalawak. Cuma, make sure we have a clear on apa yang salah dan apa yang betul, dan teruskan menegakkan yang betul....

Masih terngiang-ngiang pakar rambut?

ok jangan gelak dah~

Jazzakillah~

Sunday, June 19, 2016

Mom and English

Bismillah.....

My mom is an old humorous woman. It's her nature to form jokes when she's in a good mood, or if I am not in a good mood. She likes to swing her words here and there to make sure her witty joke tickles anyone in front of her. As me, my sister and nephew often speak mostly malay with some sprinkle of western words, mom somehow come to noticed it and trying to own some of the words, which is obviously fine by the way.

That is my super mom, and my nephew. She has a super power. 
Everything she cooked taste great.
Just like everyone, my mom got her own vocabularies you know. Words she often use and pronounce it her way. It's somehow seem like a private joke when I used English words like how my mom pronounce it. Trust me, she'll laugh when I mimic her way of pronouncing the words.
Now, my mom really make english sound like her native language. She really own any English words she uses. Not originally native, but it's like her version of English!
"Kacau lagi tepung tu sampai tek-cer dia halus" she meant texture.
"Hari ni masak lauk sample-sample ajer" she meant simple.
"Dik, tv ni jual-jual barang dok cakap lukedek ni apa lukedek ni?" ..... Dia cakap "look at that" mak, maksudnya, tengok tu produk yang dia promote to boleh buat macam-macam....
"Dik, tengokkan Danish tu, macam pelik je. Macam samping-rong" she meant something wrong....
Not to humiliate her. Far away from it. But just, so you know how us, as her children admire her bravery to use it at home (of course), to her children and her grandchildren. We laugh together sometime, yet she is so into using every frequent English words that we use at home.

Love ya mom!

p/s: Those who are not confident out there, please learn from this makcik...
Speak! Go on, make mistakes and learn more!




Saturday, June 18, 2016

Google Translator Bergerak

Bismillah~

Dulu masa zaman bujang trang tang ting tong, housemate seperti Sharipah Hanieah, Aqilah dan  Dila, kecuali Epa (pasal sama TESL course), selalu perlukan aku duduk depan mata diorang kalau tengah buat assignment. Alasannya, senang nak tanya a.k.a translate ketika menaip assignment. Al-maklumlah, MSU memang requires subject dan assignment to be written and taught in English.

Dalam masa yang sama, masa mengajar di pusat tusyen Mawar Shah Alam, budak budak pun jenis malas bawak kamus, jadi aku meruskan career sebagai instant google translator. Career ini terus aku bawa sampai pergi praktikal dan beberapa kali menjadi guru sandaran hingga sambung mengajar tusyen di kampung halaman tak berapa nak kampung di Skudai. Tak la hebat sangat, tapi, boleh la.

Semalam tak ramai yang datang kelas tusyen. Half of the class were absent. Kalau all tak datang bagus jugak, aku cuti...hehe. Selepas bagi explanation regarding techniques in email writing, aku pun duduk depan Kasnurul, student form 2 kelas petang semalam. Macam biasa career google translator aku bermula dalam setiap kelas. 

Cikgu, menjemput apa?
         "invite"
cikgu, faedah apa?
          "benefit"
*tiba-tiba, Kasnurul mengangkat kepala melihat aku dan berkata*

"Cikgu, terima kasih kerana mengambil berat tentang saya"
          "Kenapa Kasnurul?" aku tersentak dan keliru. Belum pernah pelajar berterima kasih macam ni dalam kelas macam ni seumur hidup aku.

"Macamana nak tulis dalam bahasa Inggeris ayat macam ni cikgu?"
             ".................Image result for 9gag faces sabo je lah.............."



Dan aku teruskan tugasan sebagai Google Translator...
Lepas ni aku nak tegas. Semua mesti bawak kamus....

Wabillahitaufiq walhidayah~
student tahun lepas: sangat mengingatkan aku pada zaman sekolah dulu-dulu
History somehow repeated itself...

Jazzakillah~

Sekarang baru tau BSB tak boleh tolong kita...... LOLZ

Bismillah.....

Salam Ramadhan ke 13 hari ni. Hope everyone enjoy fasting in this month of ibadah festival.
Tengah-tengah berpuasa ni, macam terkenang dulu ada simpan buku lirik lagu yang ditulis tangan. Dah lama hilang. Kenangan menggamit memori macam Klassik f.m ni, hasil daripada penangan VIRAL fb video miss universe 2016 baru-baru ni,  yang menampilkan retis lama yang aku nostalgically admired BSB. Minat sangat dengan Backstreet boys dan macam-macam lagi lagu omputeh zaman jahiliah dedulu. Fail ada gambar, almari ada gambar. Kalau boleh tampal dekat baju sekolah, dah tampal besar-besar. Punya lah minat. Hafal nama penyanyi, hafal nama lagu, hafal tarikh lahir tempat kelahiran kemaruk betul.

Zaman naieve!!!!

Benda yang dihati ni, memang mudah terzahir dengan perbuatan, samada sengaja mahupun tidak. 

Sekarang, alhamdulillah dah banyak tinggalkan benda lagha, pasal dah sibuk sangat dengan kehidupan dan desakan hidup untuk jadi matang. Like, seriously!! Dan dalam masa yang sama, stressful adult life ni, macam Allah nak suruh kita cari ketenangan dengan mencari Dia.
Bermulalah fasa perubahan kehidupan yang dewasa....




Kalau dulu berebut majalah Remaja, Eh, Galaxy dan komik, sekarang nak Solusi, Reader's Digest etc...
Kalau dulu nak Red.fm, Hitz.fm, etc, sekarang nak IKIM fm, Harmoni Johor fm, eh?

Bila dah lama-lama, pentarbiahan tanpa sedar ni membuahkan rasa cinta..... 
Rasa cinta yang merubah cara hidup sedikit sebanyak, merubah cara bertutur, dan merubah persepsi dalam hidup kepada yang lebih menenangkan dan bukan menghiburkan semata-mata.

p/s: Hati kita ni, seketul daging yang amat bernilai. Setiap keputusan dalam kehidupan yang kita ambil, pastikan daging ni bersih dan diwangikan dengan keikhlasan bermatlamatkan akhirat, InsyaAllah.


Honestly, hari ni macam ting tong.... tapi nak publish something jugak. Harap semua faham nilai BSB dalam kehidupan. Nothing more than just a temporary entertainment. Dan mereka dah tua.....

Kita juga akan tua.....
 K Bye~

Jazzak~







Friday, June 17, 2016

Ali Cakap Perempuan Macam Rumah

Suatu petang, suami Joyah termenung di laman rumah. Curiga Joyah melihatkan gelagat suaminya, pergi lah dia menegur dengan dulang minuman kegemaran suaminya di tangan. 

Joyah: Jauh menung bang?
Ali: Perempuan ni macam rumah kan?
Joyah: Apasal?
Ali: Kalau rumah ditinggal terbuka semua pintu, tingkap dan pagar, macam-macam orang nak masuk tengok. Macam-macam niat diorang bawa. Kalau rumahnya baru dan cantik lebih-lebih ramailah lagi.
Joyah:...................terbuka?...................niat?
Ali: Ada yang baik..... ada yang jahat..... ada yang jijik....
Joyah: Kalau tutup kunci?
Ali: Kalau tutup, InsyaAllah selamat dengan izin Allah. Tapi kalau ada yang pecah masuk juga, memang orang tu betul betul betul jahat! Biasanya kalau ada yang baik, akan masuk dengan adab dan keizinan....
Joyah: Persamaan dengan perempuan?
Ali: Penat nak cerita... bak mai kopi secawannn~

Image result for burglary
P/s: kita sebagai manusia yang kadang-kadang suka perjuangkan nafsu, selalu salahkan semua yang depan mata kita. Cuba letak cermin depan diri sendiri, dan renung dalam-dalam pantulan tu....

Kalau tak catch maksud Ali, tak pe. K Bye....

Jazzak~


Monday, June 13, 2016

TAK BUAT APA-APA TAPI ZALIM

Bismillah~

Bos: Awak dipecat!
Pekerja: tapi kenapa bos? Saya langsung tak buat apa-apa!
Bos: sebab tu lah awak dipecat!
Tiga dialog yang sangat lawak. Punch line direct. Tapi dalam masa yang sama, cuba renung dalam dalam. Apa yang kita nampak? 
  Kita Nampak bos yang sedang marah 
 Kita nampak juga pekerja yang tidak membuat salah apa-apa kan?
Nak cerita sebenarnya, yang kadang-kadang kebanyakan kita selalu rasa selagi kita tak buat apa-apa, kita tak salah. Betul tak? Tapi percaya tak kalau kita telungsuri kisah para sahabat dan orang-orang soleh, method ini lansung tidak pernah digunakan.
Antara pengajaran yang boleh dilihat dalam kisah orang-orang soleh:
Bila ternampak kesilapan, dibetulkan. Bila tanggungjawab terabai, diingatkan. Bila terlihat kejahilan, tarbiahkan. Bila sahabat dalam kesusahan, ambil berat dan bertanya. Bila tugasan terasa berat, sama-sama memapah dengan penuh keikhlasan. bila bekerja dalam kumpulan, bermesyuarat dan bekomunikasi cara berkesan untuk mengatasi masalah bersama-sama. Perasan tak? Tiada istilah ‘tak buat apa-apa’.

Image result for akhlak mulia

 Ada apa dengan ‘tak buat apa-apa’
Remeh kan? Tak buat apa-apa pun salah. Benar, bukan kita perlu buat segala-galanya Cuma, dalam keadaan tertentu, jika kita ‘tak buat apa-apa dalam kadar kemampuan kita, bererti kita mungkin menzalimi orang lain atau mungkin diri sendiri.

HAH? MENZALIMI?

Terkejut kan? Ok, kita rujuk pada masalah bos lawak kita atas tu. Kita rasa dia zalim pada awalnya kerana memecat pekerja yang tidak buat apa-apa langsung. 

Sekarang ubah perspektif anda pada dua baris dialog terakhir……

“Pekerja: tapi kenapa bos? Saya langsung tak buat apa-apa!
Bos: sebab tu lah awak dipecat!”
Apa akibat pekerja yang lansung tidak buat apa-apa dalam kadar kemampuannya. Kalau dikaji, pasti dia perosak kepada working cycle dan sekaligus menzalimi rakan sekerja yang harus menadah tugasan tanpa bantuan, sekaligus menganggu perjalanan urusan syarikat, sekaligus menjatuhkan prestasi dan keuntungan dan bertindak ‘tidak buat apa-apa’ dengan penuh tidak bertanggungjawab.
Image result for work stress


There are times, when “doing nothing or being ignorance” is equal to being cruel.

Kerap situasi ini berlaku tanpa kita sedari. Team mate yang tidak menymbang idea untuk assignment group, rakan sekerja yang mendiamkan atau menghilangkan  diri pabila meja rakan seunit dibanjiri tugasan selepas meeting, rakan-rakan sekerja yang menolak berkomunikasi secara matang kerana tidak mahu terlibat dengan tugasan tambahan ataupun saudara sesama islam yang sentiasa merasa selamat dan tidak mahu ambil berat isu ummah atau juga hartawan yang tamak dan tidak mahu berzakat (kira abai isu ummah la tu).

Kita “tidak buat apa-apa salah”, kita rasa kita dah cukup baik sangat dah….kan?

Benar, kita tidak melakukan jenayah…
Benar, kita tidak memarahi sesiapa…
Benar, kita tidak campur urusan orang lain…

Tetapi yang ingin saya tekankan adalah, sikap tidak buat apa-apa, berkaitan dengan tanggungjawab sebagai rakan, rakan sekerja, jiran, hartawan mahupun sebagai umat islam.


p/s: bukan suruh buat semua benda dan kepoh, Cuma ajak muhasabah supaya tak jadi zalim tanpa sedar

Jazzak~