Thursday, March 29, 2012

UTMost...... tOtally fuN

Bismillah.....

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.......

Macam sekejap sangat masa berlalu....pantas....
Lagi kita buzy....Lagi pantas masa hilang... takkan pernah kembali...

Indonesian mode: Ngomomg-ngomong..... aku mau titip sedikit informasi dong, buat teman-teman, tentang UTMost yang kini itu, sedang giat berlansung di padang kawat UTM. Waduh, hebat sekali acaranya. Pelbagai reka ciptaan yang tersedia, dan semuanya bagus sekali loh. Lagian, permainan juga banyak, bisa bawa adik-adik atau anak-anak loh. Pasti enggak nyesel sama skali sama pameran dan aktivitas yang tersedia. [Walaupun omongan Indonesia aku ni berbau lawak, anda disarankan supaya tidak tergelak k..hihi]


Mode change: Yang duduk Taman Universiti ni, kompom korang da bosan nak mai UTM yang tua ni kan? Takyah cakap, aku da tau da... hihihi. Anyway, the show and games was fun, especially for kids la.... and loads of good info's about UTM [I'm there at the language academy booth].

So, kalau free, datang la....
Kalau tak free.......bayar la....hihihi

[p/s: about the Indonesian language that I used.... tau tak kita yang bahasa Indonesia adalah bahasa melayu terbaik yang digunakan dengan pronunciation yang paling tepat mengikut butir-butir ejaan?..... contoh, orang kita sebut 'saya' = 'saye', as for Indonesian, they pronounce it the way the word is spelled.... Renung-renungkan, dan selamat ngomong-ngomong...hihihi]

.....جَزَاكُمُ اللهُ

Sunday, March 25, 2012

Berjalan tanPa Henti...........

Bismillah.....

Aku mahu berjalan tanpa henti.....[kecuali kalau nak sembahyang la....hihi]

Terkesan bila membaca kisah Senad Hadric, seorang hamba Allah dari Bosnia yang merentas hundreds of districts termasuklah kawasan peperangan dan bergolak, untuk menunaikan rukun islam ke 5 [haji]....

Melihat dunia dengan kacamatanya sendiri.... MasyaAllah, indahnya...... moga dia tiba dengan selamat...Andai ditakdirkan Allah, dia bertemu izrail di tengah jalan, pasti dia akan pergi bertemu Alah dengan title "Syuhada"..... InsyaAllah =)

Mak cerita;
There were thousands of people walk from their country to the holy city of Mecca to perform hajj every year... [tapi mak cakap melayu la....dengan slang orang Melaka yang ala-ala kasar sikit]

One point to highlight.... THEY WERE WALKING....
Subahanallah.... what a big heart they have....

Mendengar tentangnya sahaja, sudah cukup meniupkan semangat untuk mengekspresikan lagi rasa Cinta pada Allah dengan berani. Benar, akan ada pelbagai pandangan dari segenap manusia [dah memang Allah jadikan manusia itu, pelbagai ragamnya]....

"Ah.... what an idiot people".... mungin terungkap di bibir mereka yang jahil tentang Islam [tak kira la orang islam atau bukan]

"Dah takde keje lain la tu"..... mungkin terungkap dari mulut mereka yang sibuk dengan dunia dan hanya memandang harta benda...

Banyak lagi ragam manusia yang kita tak mampu nak singkap semuanya. Yang pasti, setiap manusia punya pemikiran yang berbeza.... Tetapi, titik persamaan itu akan hanya bercantum pada hati hamba-hamba yang berkongsi rasa cinta ynag sama pada Sang Pencipta......

Siapa kita untuk menutup mulut segenap manusia yang mahu mencerca.......? Barangkali itulah ujian kita....

Pesanan bagi yang berjihad [daripada hamba Allah yang juga sedang berusaha mengenal erti perjuangan dalam konteks yang lebih meluas ]..... usah gusar pada yang menentang kepercayaan dan prinsipmu...
"La Tahzan...Innallahama'ana" [Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita]

بَدَءَ الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء

Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam].


Jazzak....

Friday, March 23, 2012

~Berjalan ke Jerusalem~

Bismillah...

Alhamdulillah....Baru je balik daripada "Berjalan ke Jerusalem"............
[ I mean, the name of the program....Global March to Jerusalem]

Great names of 'syuhada' were mentioned just now... Syeikh Ahmad Yassin, Hassan Al Banna... [nama hebat yang sangat menggetarkan jiwa aku yang kecil sejemput ni] and chronology of war in Palestine...


Tiba-tiba rasa macam tertiup satu semangat jihad yang sukar nak digambarkan dalam jiwa ni... macam nak meledak [tapi takdela rasa macam nak attack siape-siape... boleh senyum lagi]....haha

Antara ibrah yang boleh kita hayati dalam sejarah tamadun islam [yang mungkin ramai yang terlepas pandang] ialah, apabila manusia bersatu kerana Allah, they become "UNBEATABLE" inside out....

Food for thought;
Terrible things had happened out there to our dear moslem brother and sister.... Apa peranan kita.....?

Jazzak~

Thursday, March 22, 2012

ape benda Life ni?

Bismillah~

"Life is weird"... kata sorang rakan...
"life is suck".... kata orang bodoh...
"life is fun".... kata budak-budak..
"life is misery".... kata sorang complainer...
"life is problem".... kata orang yang ada niat nak bunuh diri [na'uzubillahh...]
"life is precious"... kata orang yang menghargai kehidupan...
"life is all about girls" kata kasanova... [~muntah~]

Apa pandangan kita tentang kehidupan?



sedikit coretan dari fikiran yang separa sedar....mengantuk, tapi tak bole tidur...sekian

[p/s: dunia ini adalah ladang menyemai benih kebaikan yang kelak akan kita tuai hasilnya di hadapan Allah nanti...... what say you?]

Jazzak....

Wednesday, March 21, 2012

Universiti Teknologi Malaysia.....

Bismillah.....

Ya Allah.... dah lama tak post 'story' dalam blog ni.... Nak cakap tak cukup masa, macam banyak songeh la pulak..... [^.^]

Masa tu, ada sebenarnya, tapi kurang cekap menguruskannya. Tu masalah yang "sebenar-benarnya"....

Sibuk macamana pun sebenarnya, kita sentiasa ADA kesempatan untuk sesuatu...dengan syarat....BERSUNGGUH !!

Orang tua-tua bilang, masa tu emas... dalam betul maksud pepatah mereka tu sebenarnya... [dah tua bangka macam ni baru faham....aiseh~~~]

Buat Firdaus Hj Habibollah..... Tahniah dengan keputusan SPM yang baru amek tadi [result rahsia..haha] Semoga lebih berjaya di masa akan datang.... InsyaAllah...

Kata orang bijak pandai;
"Kita merancang.... tapi Allah juga punya rencana buat kita"
Apa pun yang mendatang, terima dengan tangan yang terbuka dan hati yang lapang.........

Dalam sibuk-sibuk ni, jangan lupa study dengan jawapan bagi soalan-soalan ni jugak;
[soalan yang hanya boleh dijawab dengan rasa "Amanah" dengan kehidupan semasa didunia... ]


p/s: Apalah nilai dunia, bila akhirat ditinggalkan....

Jazzak....