Friday, July 15, 2011

Malas nak ambil kisah?

Bismillah......

Ya Allah...Rezeki itu ketentuanMu. Hmm, bukan senang nak mencari kerja ni. Siapa kata Degree can guantee you a high pay salary? Ramai bangsa-bangsa asing yang bekerja keras di negara kita walaupun mereka memegang diploma dan ijazah. MasyaAllah! Maha Suci Allah. Siapa yang Dia nak bagi, Dia bagi... Cakap pasal kerja ni, teringat al kisah sorang adik ni. Dah lama tak berjumpa, Alhamdulillah sempat melepaskan rindu minggu lepas....kan Fiza kan... =)

Ada sebuah cerita yang terngiang-ngiang lagi dalam otak ni walaupun dah seminggu perbualan ni berlaku...
"Kak, dulu kan, mase Fiza kerja, Fiza ade sign borang yang menyatakan yang Fiza tak boleh pegi sembahyang dalam waktu tempoh kerja"
"Ha? Ya Allah, ye ke? dah tu, Fiza sign ke?" tegezut den donga statement tu..
"Ha ah. Fiza sign...TAPI Fiza pegi jugak cui-curi pergi sembahyang" tegezut lagi den, sebab guna perkataan "curi-curi pergi sembahyang"....
"Habis tu orang tu tak tahu?" musykil betul nih...
"Tak, sebab Fiza cakap Fiza gi toilet" hahahha....bijak betul adik aku sorang nih... cerdik...hihihi
"Tapi kak, last-last kene tangkap jugak sebab pergi sembahyang" tegezut buat kali ke tiga sebab "Kene tangkap sebab pegi sembahyang" Ya Rabbi.....
"Lepas tu? kene berhenti?"
"Ha ah....kene berhenti" Allahuakbar~~ sedih betul mendengarnye...

Hmmm...Korang ada tak pengalaman macam adik ni? Simpati mendengarnya. Solat pun kena sorok-sorok. Ada sedikit analysis bermanfaat yang boleh di petik dalam kisah benar ni....

Ada diantara umat Islam yang tidak kisah andai tertinggal sewaktu atau dua (atau tiga.....) waktu solat demi kerja (Hukum solat wajib tetap wajib...kalau ditinggalkan scara sengaja TETAP DOSA...hehhe)..

Golongan kedua pula, masih mahu bekerja, dan masih pergi juga menunaikan Hak Allah swt ni, cuma berlakon je setuju dengan "syarat" yang ditetapkan macam kisah nya adik ni tadi.

Dan pada mereka yang teguh Akidahnya, confirm akan menentang perbuatan "melarang bersolat" ini kerana menindas Hak Allah terhadap orang Islam. Walaupun mereka tidak bekerja disitu, tetapi tidak setuju dengan perbuatan tu terhadap saudara Islam yang lainnya...

Ok. Pada golongan pertama mungkin "borang yang melarang solat" ni suatu yang remeh. Tak timbul isu bantahan atau tak puas hati sebab benda yang kecil pada mata mereka. Asalkan dapat kerja, senang, boleh hidup, cukup. Satu perkara mereka terlepas pandang bahawa rezeki itu datang Daripada Allah secara mutlak;
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Benar kita harus berusaha untuk mendapatkan rezeki, tetapi ingat... Seandainya Allah tak izinkan , kita takkan dapat makan walau sesuap nasi pun, walaupun kita punya emas setinggi gunung. Lihatlah mereka yang telah Allah swt tarik nikmat kesihatannya... Perut yang dahulunya boleh mencerna makanan yang sedap-sedap, kini hanya mampu mencerna air yang masuk melalui saluran darah sahaja...Pakcik security dari Myanmar yang gaji kecil (yang di upah oleh orang kaya tadi), masih mampu mengunyah dan diberikan nikmat merasa ayam goreng yang sedap..RENUNGKAN~
Bagi golongan ke dua pula, mereka mungkin tidak kisah untuk menandatangani borang tu (tidak mahu menentang), TETAPI sampai waktu solat MESTI solat, walaupun curi2 macam adik cergas ni tadi (Alhamdulillah, masih dengan prinsip menjaga hak Allah swt, akak bangga).....hihihi..

Bagi golongan yang ketiga ni, mereka merasakan mereka terpanggil untuk membela nasib pekerja-pekerja Islam yang di "BANNED" daripada melaksanakan kewajiban sebagai seorang muslim untuk pergi bersolat.
Mereka memegang sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
Umat islam itu umpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit , maka seluruh anggota yang lain turut menanggung penderitaannya

Golongan pertama....memang ada....
Golongan kedua......pun biasa ada....
Golongan ketiga.......hanya segelintir sahaja.

Semua orang terpukul apabila HAK mereka TERCABUL....
>Tiba2 gaji kena potong = MARAH
>Motor kene saman = ada yang marah, dan ada yang terima silap sendiri tapi tetap.... BENGANG...hihi
>Bos suruh buat kerja orang lain = MENYAMPAH ngan bos + geram [=..=']
>Gaji lambat = MOGOK, tak nak kerja....bawak sepanduk sambil mogok lapar...aduih~~

Macam-macam lagi lah yang tak ter-List banyak nye....

TETAPI bukan SEMUA orang rasa TECABUL bila HAK ALLAH diperkotak-katikkan....
Bagi mereka yang tidak faham... mereka tidak ambil pusing pun...
Bagi mereka yang faham tetapi mengalah...biasanya mereka akan senyap...
Bagi mereka yang faham dengan mendalam....pasti mereka bertindak... demi Syariatullah. Bukan berlawan menggunakan Agama [ni statement common bagi "mereka yang belum mengerti" gunakan]... Akan tetapi atas dasar keimanan terhadap Allah..."Keimanan Speaks!"

Ini baru bab solat yang tak cukup lima waktu.... Cuba luaskan pandangan kepada perihal negara Islam yang hanya mengambil agama Islam secara cebis-cebis....dan aplikasikan dengan situasi diatas.... Faham maksud saya?.............terlahirlah mereka2 yang "tak kisah", "senyap(follow je siape2 yang menang)" dan "Menentang demi Aqidah yang mereka pegang".....

Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan jangan kamu mengikuti jejak langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu
[Al-Quran 2:208]

All of my Moslem friend out there....Test your IQ.....




Jazzak~~