Monday, October 17, 2011

~Gerimis~

Nak share lagu favorite.....
Nyanyian Far East.....
Maksud lagu yang mendalam dan menyentuh hati dan "iman"...

[Nyanyi depan screen pc same2 okey~~]

tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi

kuharap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi

gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali

menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi

kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti

gerimis tiba dihujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita didunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba


hayati maknanya....
Jazzak~~

Tuesday, October 11, 2011

Bahagia~~

Bismillah...

Kebahagiaan itu, suatu kesyukuran...
bila kaya jadi insan pemurah...
bila berkuasa, Amanah...
bila berjaya, tidak alpa...
bila sihat tidak lupakan Tuhan....

Dah lama tak post ape-ape.... Istiqamah tu ringan, tapi hakikatnya "mencabar"....percaya tak? hihihi~


istiqamah yang kita fahan biasanya adalah perbuatan yang baik dilakukan secara berterusan walaupun hanya sedikit...

Cuba kita lihat bagaimana Sahabat Rasulullah menilai istiqamah...

Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab:
“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad)
.

Masha-Allah....

Jazzak~~

Friday, July 15, 2011

Malas nak ambil kisah?

Bismillah......

Ya Allah...Rezeki itu ketentuanMu. Hmm, bukan senang nak mencari kerja ni. Siapa kata Degree can guantee you a high pay salary? Ramai bangsa-bangsa asing yang bekerja keras di negara kita walaupun mereka memegang diploma dan ijazah. MasyaAllah! Maha Suci Allah. Siapa yang Dia nak bagi, Dia bagi... Cakap pasal kerja ni, teringat al kisah sorang adik ni. Dah lama tak berjumpa, Alhamdulillah sempat melepaskan rindu minggu lepas....kan Fiza kan... =)

Ada sebuah cerita yang terngiang-ngiang lagi dalam otak ni walaupun dah seminggu perbualan ni berlaku...
"Kak, dulu kan, mase Fiza kerja, Fiza ade sign borang yang menyatakan yang Fiza tak boleh pegi sembahyang dalam waktu tempoh kerja"
"Ha? Ya Allah, ye ke? dah tu, Fiza sign ke?" tegezut den donga statement tu..
"Ha ah. Fiza sign...TAPI Fiza pegi jugak cui-curi pergi sembahyang" tegezut lagi den, sebab guna perkataan "curi-curi pergi sembahyang"....
"Habis tu orang tu tak tahu?" musykil betul nih...
"Tak, sebab Fiza cakap Fiza gi toilet" hahahha....bijak betul adik aku sorang nih... cerdik...hihihi
"Tapi kak, last-last kene tangkap jugak sebab pergi sembahyang" tegezut buat kali ke tiga sebab "Kene tangkap sebab pegi sembahyang" Ya Rabbi.....
"Lepas tu? kene berhenti?"
"Ha ah....kene berhenti" Allahuakbar~~ sedih betul mendengarnye...

Hmmm...Korang ada tak pengalaman macam adik ni? Simpati mendengarnya. Solat pun kena sorok-sorok. Ada sedikit analysis bermanfaat yang boleh di petik dalam kisah benar ni....

Ada diantara umat Islam yang tidak kisah andai tertinggal sewaktu atau dua (atau tiga.....) waktu solat demi kerja (Hukum solat wajib tetap wajib...kalau ditinggalkan scara sengaja TETAP DOSA...hehhe)..

Golongan kedua pula, masih mahu bekerja, dan masih pergi juga menunaikan Hak Allah swt ni, cuma berlakon je setuju dengan "syarat" yang ditetapkan macam kisah nya adik ni tadi.

Dan pada mereka yang teguh Akidahnya, confirm akan menentang perbuatan "melarang bersolat" ini kerana menindas Hak Allah terhadap orang Islam. Walaupun mereka tidak bekerja disitu, tetapi tidak setuju dengan perbuatan tu terhadap saudara Islam yang lainnya...

Ok. Pada golongan pertama mungkin "borang yang melarang solat" ni suatu yang remeh. Tak timbul isu bantahan atau tak puas hati sebab benda yang kecil pada mata mereka. Asalkan dapat kerja, senang, boleh hidup, cukup. Satu perkara mereka terlepas pandang bahawa rezeki itu datang Daripada Allah secara mutlak;
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Benar kita harus berusaha untuk mendapatkan rezeki, tetapi ingat... Seandainya Allah tak izinkan , kita takkan dapat makan walau sesuap nasi pun, walaupun kita punya emas setinggi gunung. Lihatlah mereka yang telah Allah swt tarik nikmat kesihatannya... Perut yang dahulunya boleh mencerna makanan yang sedap-sedap, kini hanya mampu mencerna air yang masuk melalui saluran darah sahaja...Pakcik security dari Myanmar yang gaji kecil (yang di upah oleh orang kaya tadi), masih mampu mengunyah dan diberikan nikmat merasa ayam goreng yang sedap..RENUNGKAN~
Bagi golongan ke dua pula, mereka mungkin tidak kisah untuk menandatangani borang tu (tidak mahu menentang), TETAPI sampai waktu solat MESTI solat, walaupun curi2 macam adik cergas ni tadi (Alhamdulillah, masih dengan prinsip menjaga hak Allah swt, akak bangga).....hihihi..

Bagi golongan yang ketiga ni, mereka merasakan mereka terpanggil untuk membela nasib pekerja-pekerja Islam yang di "BANNED" daripada melaksanakan kewajiban sebagai seorang muslim untuk pergi bersolat.
Mereka memegang sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
Umat islam itu umpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit , maka seluruh anggota yang lain turut menanggung penderitaannya

Golongan pertama....memang ada....
Golongan kedua......pun biasa ada....
Golongan ketiga.......hanya segelintir sahaja.

Semua orang terpukul apabila HAK mereka TERCABUL....
>Tiba2 gaji kena potong = MARAH
>Motor kene saman = ada yang marah, dan ada yang terima silap sendiri tapi tetap.... BENGANG...hihi
>Bos suruh buat kerja orang lain = MENYAMPAH ngan bos + geram [=..=']
>Gaji lambat = MOGOK, tak nak kerja....bawak sepanduk sambil mogok lapar...aduih~~

Macam-macam lagi lah yang tak ter-List banyak nye....

TETAPI bukan SEMUA orang rasa TECABUL bila HAK ALLAH diperkotak-katikkan....
Bagi mereka yang tidak faham... mereka tidak ambil pusing pun...
Bagi mereka yang faham tetapi mengalah...biasanya mereka akan senyap...
Bagi mereka yang faham dengan mendalam....pasti mereka bertindak... demi Syariatullah. Bukan berlawan menggunakan Agama [ni statement common bagi "mereka yang belum mengerti" gunakan]... Akan tetapi atas dasar keimanan terhadap Allah..."Keimanan Speaks!"

Ini baru bab solat yang tak cukup lima waktu.... Cuba luaskan pandangan kepada perihal negara Islam yang hanya mengambil agama Islam secara cebis-cebis....dan aplikasikan dengan situasi diatas.... Faham maksud saya?.............terlahirlah mereka2 yang "tak kisah", "senyap(follow je siape2 yang menang)" dan "Menentang demi Aqidah yang mereka pegang".....

Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan jangan kamu mengikuti jejak langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu
[Al-Quran 2:208]

All of my Moslem friend out there....Test your IQ.....




Jazzak~~

Saturday, June 11, 2011

Lu? Gua? Siapa Samseng sekarang?

Bismillah.....

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat.


Allah is Al Khaliq, the creator who knew what we made of....Subahanallah!
Everything was told in the Quran and how pathetic those who ignore to read and think...

Ha.....ni ade satu cerita. Contoh yang sangat bertepatan dengan Hadith Rasulullah ni..
K.L Gangster ....meme gempak. Behind all of those humorous jokes and cool [kinda cool] acting scene, there are a lot more to see.... some values....and half a trash has been brought out to.... ouch...

For sure, tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak, sebab words that are used memang kesat dan tak di sencored-kan [gangster la katekan]... Takkan Gangster nak guna "awak", "saya", "anda", "encik"....bla....bla....bahasa formal pulak...kan kan kan... Bahasa-bahasa kesat ni digunakan supaya filem lebih realistik... meme plastik betol...[=o']
Budak-budak terus copy ayat-ayat yang diorang rasa "cool" ni dengan kawan-kawan... Ish3... Tak perasan kan? perasan-perasankanlah.... Now this part is "The Trash"..
perkataan yang entah pape dipelajari malam ni daripada KL Gangster
>"sengat"
>kereta kene barbecue?
>tiaww
>langsi?
............[*o*]....pelik......pelik......

note for cikdah: pebende movie la cikdah bagi maksu tengok nih...hahha

Part yang bagus, pengajaran daripada kesan hidup seorang samseng. Family and closest friend have to pay the price for his every sin... Dan KETAMAKAN yang MENGHANCURKAN...

Overall, banyak pengajaran, cuma ianya disampaikan dengan bahasa "Lu" "Gua" "Bro" etc.... ~

"Banyak yang kita belajar daripada suri tauladan yang baik, Tapi kadang-kala, tauladan yang buruk, jauh lebih menginsafkan......"

Renung-renungkan....dan gua pun termenung....hihihi....[*_-]

Jazzak~~

Monday, June 6, 2011

Menuggu sebuah Panggilan.....

Bismilah~
"Katakanlah sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya kepada siapa yang Dia kehendaki antara hamba-hambaNya. Dan apa sahaja yang kamu infaqkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki terbaik.."
(surah Saba' 34:39)
Hantar resume sudah....
Tunggu sudah.......
Interview pun sudah.......
Tunggu lagi.........

Betullah pepatah orang bercinta "Penantian itu suatu penyiksaan"
Tapi tu orang bercinta... In my case, "Penantian itu suatu kerisauan" [risau sebab tak tau keputusan berjaya/tidak berjaya mendapatkan tempat dalam syarikat tu]
Mohon doa kalian dong, moga dipermudahin.....hihihi

Entry kali ni saje2 untuk curhat[curahan hati]....dan tiada kena mengena dengan sesiapa kecuali saya.... Boleh abaikan jika malas nak baca....hahaha....

p/s: pada sesiapa yang juga menunggu just like me.... you'll know how i feel right now.
Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.
No matter what could the result be, Allah always knows the best.....
[monolog: tu la shikin, gelabah betul la minah ni... [=.=']

Jazzak [^..^]


Tuesday, May 31, 2011

~WalimatulUrus~

Bismillah...

Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya:

"Kesan apakah ini?" Abdul Rahman menjawab: "Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas". Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: "Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing". (Muttafaqun alaih)


Sejak-sejak habis praktikal ni, ramai betul kawan-kawan yang mengakhiri zaman bujang (berkahwin). Tau la korang dah abeh belajar kan, ekonomi dah mantopp...hihihi..

Pada yang berjaya mencapai hajat berumah tangga tahun ni, "Selamat Mengakhiri Zaman Bujang"....
Pada yang dah ade calon tapi masih tertunda, "Selamat mempercepatkan Perkara Baik Ni".... mudah mudahan Allah memberkati....
Pada yang bujang lagi....... "mase ni la nak kumpul duit dan prepare rohani"..... hahaha.....

Pada kak Asrimah Bakri yang telah mengakhiri zaman bujang pada tanggal 28 Mei 2011, Ikin(dan semua sahabat2 yang mengenali) ucapkan....."Selamat Pengantin Baru" moga sentiasa bahagia di samping suami terchenta dan kelak mndapat anak2 yang soleh dan solehah InsyaAllah.......Ameen~~

sedikit lagu sinonim kenduri....buat dendangan pembace entry kali ni...hihi [nyanyi le kome sorang2 mase membace iye.....hihihihi]

Kompang dipalu, pengantin baru
duduk bersanding tersipu malu,
Kompang di palu, pengantin malu
Moga bahgia ke anak cucu......




Sampai juga hajat mendirikan rumah tangga. Indahnya cinta yang diberkati... Alhamdulillah... korang yang membace ni, bile lagi nih..[^..^]

Sedikit dedikasi puisi buat mempelai baru [sori kak As, Ikin tak pandai buat puisi, tapi pandai bace orang lain punye....hihihihi]
For you guys/girls yang suka novel cinta, mesti familiar dengan bait-bait puisi ni..
[novelist: Habiburrahman El Shirazy- Ketika cinta bertasbih]

"Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cita kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."


p/s: rezeki, jodoh, dan maut itu rahsia Allah.... berdoalah agar kita, sahabat2 kita dan semua yang kita kenali mendapat yang terbaik daripada Allah s.w.t.

Jazzak~

Saturday, April 23, 2011

~ScHoOl EnDs~

Bismillah.....

Alhamdulillah, rasa lega.......
Practical ends.... macam2 perasaan ada..
Suka ada, sedih ada, terharu ada....macam2 perasaan lagi lah...

Sekolah harini, masyaAllah....penuh dugaan dan cabaran tersendiri:
>Ibu bapa risaukan anak2....
>Pengetua risaukan prestasi sekolah...
>Guru2, risaukan pelajaran para pelajar.....
>Penolong hal ehwal pelajar dihujani kes2 penyangak skolah....
>Guru kaunseling hari2 menghadap pelajar bermasalah (dan pelajar yang sengaja nak ponteng...hishhh)...
>Cleaner risau melihatkan kawasan skolah yang bersepah tunggang-langgang...
>Pekebun sekolah geram dengan tangan2 gatal yang merosakkan bunga2 yg ditanam..
>Makcik kantin hari2 fikir nak masak ape......
>Pustakawan dok buzy dengan buku dan pusat sumber....
>Pak Guard, buzy mengawal keluar masuk di pintu gate sekolah
>Pengawas sibuk jaga gate, kantin, corridor, dan perhimpunan etc....
>Geng ponteng risau kalau cikgu disiplin nampak pintu cabut rahsia diorang.......cehh...

hahaha....macam2 lagi watak available dekat sekolah....
Lots of roles to play. Itulah dunia sekolah...hihi

Tiba2 terFLASHBACK zaman persekolahan mase dulu2....
Loyar buruk memang jadik amalan....Aduih....

Banyak perkataan baru yang terkeluar daripada mulut budak2ni....Ntah ape-apelah maksudnya. Nak ajuk pun dah tak tahu macam mana. Entah dari manalah perkataan2 tu datang. Tv ke? Majalah ke? Internet ke?
Silap-silap, 10 tahun akan datang, DBP kene tukar banyak maksud perkataan bahasa melayu dalam kamus...hehehe



Silapnya remaja zaman sekarang, kerana silapnya mereka memilih model hidup. Silap memilih ikon hidup.... Silap mereka sendirikah? silap guru kah? atau, silap ibubapa kah?

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu ia memberi pelajaran kepada anaknya : “Hai anakku.. janganlah kamu mempersekutukan ALLAH, sesungguhnya mempersekutukan ALLAH adalah benar-benar kedzaliman yang besar..” (QS. Luqman 13)

Ayuh kita lihat apa pesan Luqmanul Hakim seorang hamba Allah yang soleh (hingga tersebut tentang kisahnnya di dalam Al Quran) pada anaknya .....

Wahai anakku.. Sesungguhnya laut ini dalam, banyak sudah manusia yang tenggelam, maka jadikanlah taqwa sebagai bahteramu, iman sebagai kemudinya, dan tawakkal sebagai layarnya.. Semoga kamu selamat..

Wahai anakku.. jangan cemarkan wajahmu dengan meminta-minta, jangan lepaskan kemarahmu dengan keburukan yang mencoreng nama baikmu, dan ketahuilah batas kemampuanmu, niscaya hidupmu bermanfaat..

Wahai anakku.. orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dlm beribadah dan taat kepada Allah, maka dia itu orang yg thawadu'.. lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha mengindari maksiat..

Wahai anakku.. seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerena kesalahan yang kamu lakukan, maka kemarahan mereka itu bagaikan baja untuk tanaman yang menyuburkan dan membawa kebaikan..

Wahai anakku ketahuilah.. memindahkan batu besar dari tempatnya itu lebih mudah daripada mengajar orang yang tidak mahu menerima pelajaran..

Wahai anakku.. apabila engkau dihadapkan pada dua pilihan, antara menziarahi orang mati atau datang ke pesta pekawinan, maka pilihlah untuk menziarahi orang mati, karena ia akan mengingatkanmu pada akhirat, sedangkan datang ke tempat orang kawin hanya mengingatkanmu pada kesenangan duniawi..

Wahai anakku.. janganlah kamu telan saja kerena manisnya suatu makanan dan jangan kamu muntahkan karena rasa pahit.. manis belum tentu menjadikan sihat dan pahit belum tentu mendatangkan kesengsaraan..

Wahai anakku.. bukan suatu kebaikan namanya bila kamu selalu mencari ilmu tapi kamu tidak pernah mengamalkanya.. kerana ia sama seperti orang yang mencari kayu bakar, yang setelah banyak dia tak mampu memikulnya.. padahal dia masih mau menambahnya..

Wahai anakku.. bila kamu mau mencari kawan sejati, maka ujilah lebih dulu dengan pura-pura membuat dia marah. Dan bila pada saat dia marah itu, dia masih berusaha menginsafkanmu.. maka bolehlah engkau ambil dia sebagai kawan.. jika tidak demikian, maka berhati-hatilahlah..

Wahai anakku.. bila kamu berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu darinya. Biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu..

Wahai anakku.. bergaulah dengan orang yang alim dan berilmu.. perhatikan kata-kata nasihatnya, karena sesungguhnya hati akan menjadi sejuk mendengar nasihatnya dan hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya, bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan..

Wahai anakku.. ambillah harta dunia seperlunya saja.. dan nafkahkan selebihnya untuk bekalan akhiratmu.. jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah semuanya, kerana engkau nanti akan menjadi pengemis yang membebani orang lain. Sebaliknya.. janganlah engkau peluk dunia ini dan meneguk habis airnya karena sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu hanyalah tanah belaka..

Wahai anakku.. aku mewasiatkan kepadamu tentang lapan perkara.. Jagalah hatimu dalam solat, jagalah pandanganmu ketika berada di rumah orang, lidahmu dalam majlis, jagalah perutmu dari keserakahan. Juga ingat dua hal dan lupakan dua hal.. Ingatlah Allah dan kematian, serta lupakanlah kebaikanmu pada orang lain dan kesalahan mereka kepadamu..

MasyaAllah.......
Moga pesan Luqman ini bukan hanya kita sampaikan setelah menjadi ibu atau ayah sahaja, bahkan sampaikanlah pada sesiapa sahaja di sekeliling kita... sahabat, pelajar, sesiapa pun......

Jazzak......

Monday, March 21, 2011

to accept the unperfectness.....

Bismillah....

"Damn it! my car scratched!"
"Lepas satu, Satu!....lepas satu, satu! Ahhhh!"
"Aduh! Bodoh betul! luka tangan aku!"

Hmm....ada macam-macam versi mengeluh yang kita pernah dengar kan? Yang di atas ni mungkin sedikit keterlaluan, but still, ramai yang menuturkannya bukan?
Semua benda nak perfect. Padahal kita sendiri, diciptakan dalam keadaan yang tak sempurna. What would you expect??

Alhamdulillah...didikan sabar, redha, qanaah dan syukur oleh Rasulullah s.a.w, menjadi pelengkap ketidaksempurnaan kehidupan kita...

Dari Ibnu Umar ra katanya; Rasulullah SAW memegang bahuku lalu ia bersabda: “Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)”. Dan adalah Ibnu Umar ra berkata: “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau”. (al-Bukhari)


Andai kau sedih kerana tidak punyai kasut yang indah dan cantik,
Ingatlah pada mereka diluar sana yang tidak punyai kaki untuk menyarungkannya pun
(prof.dr.Aidh Al-qarni)

Some advice...
>>>Bersyukur dengan apa yang Allah berikan....
>>>Bersangka baik pada Allah dan sesama makhluk...
>>>Sabar dan tabah menempuhi ujian yang diberikan...
>>>Bersederhana(Qanaah) dalam mendamba dunia, kerana ianya sementara(Rasulullah dah pesan)
>>>menerima Qada dan Qadar dan percaya pd ketentuan...

...tu je idea dan nasihat buat mase ni[silalah tambah kalau ade lg...hihi]...


Jika mahukan kesempurnaan dalam kehidupan, terimalah segala kelemahan dalam kehidupan dengan lapang dada...Pasti anda akan bahagia...PERCAYALAH!

From me, "No one could stop you from smiling....even when you have nothing...."

Jazzak...

Sunday, March 20, 2011

Ujian=Tarbiyyah...

Bismillah.....

Dah beberapa hari hujan turun berturut-turut... sekejap panas dan sekejap hujan, sampai ada yang demam-demam...hihi
Ujian.....Ujian.... bak kata Raihan dalam lagu "kehidupan"

"Ujian adalah tarbiyah dari Allah,
Apakah kita kan sabar, ataupun sebaliknya,
kesenangan yang datang , selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..."

Maha suci Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim..... memberikan hambanya nikmat dengan kasih sayangnya, dan memberikan ujian kerana rinduNya pada hamba2nya dan sebagai penghapus dosa2 mereka..

Makanan yang sedap, pakaian yang indah, tempat tinggal yang selesa, kedua orang tua, sahabat, kesihatan, dan panca indera, etc....
Nikmat mana lagi yang kan kita dustakan...... Apa alasan kita untuk menolak hukum dan tidak patuh pada Allah?

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “

(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)


p/s: entry kali ni khas buat diri sendiri sebenarnya... saje2 nak brainwash otak sendiri. Andai ianya bermanfaat pada korang, Alhamdulillah.....hihihi

Friday, March 18, 2011

Musibah....Bila Allah menegur hambaNya.....

Bismillah......


Maha suci dan Agung Allah yang menciptakan alam dan segala isinya, bintang, bulan dan seluruh galaksi.. He is Al Khaliq, the creator. Akhir-akhir ni, banyak sangat kta dengar khabaran tentang bencana yang amat membimbangkan dan teramat banyak bilangan nyawa yang hilang. Recent news, tentang bencana alam, adalah Tsunami di Jepun . Banjir yang menelan cukup banyak nyawa, dan kemusnahan besar-besaran. Innalillah...Dan KepadaNya jualah kita kembali... Bila terlalu banyak bencana dan malapertaka, nampaknya Allah sedang berbicara dengan kita.....

Ada yang menyalahkan pencemaran, pembangunan, dan tidak kurang juga yang menghighlightkan 'akhlak' dan akidah yang rosak sebagai puncanya diturunkan musibah.
So, siapa yang salah? Tanyalah diri sendiri ('Tanyalah Ustaz' pun molek juga....hihihi)

As a muslim, kita terdidik dengan 'mengaitkan musibah yang berlaku dengan kekhilafan dan perbuatan mungkar yang berleluasa bukan?
Tiba-tiba teringat kepada sebuah buku yang dikarang dan dikaji oleh Harun Yahya satu ketika dahulu.."kaum-kaum yang pupus"... Majoriti kaum-kaum yang musnah binasa terdiri daripada mereka yang sudah rosak akhlaknya...[Bukan rosak lagi, dah tak berakhlak dah]



Sungguh, Al Quran dipenuhi dengan pelbagai kisah2 kaum2 yang mungkar dan bukti-bukti yang nyata.... Ramai yang mengakuinya, tetapi, ironisnya, masih ramai yang membelakangkan yang hak, dan mengutamakan kebatilan selama mana ia mendatangkan keuntungan dunia kan? Semakin jauh kita dengan Allah sebenarnya membuatkan kita semakin jahil dalam menilai dunia.... kita lupa bahawa Akhirat adalah sebaik-baik tempat kembali...

Firman Allah;
''Tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya Akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan.
(Al-Ankabut [29]: 64)

As a conclusion, memelihara kesucian agama bermakna, memelihara kesucian diri, sekaligus masyarakat dan negara....

Yuk muhasabah diri, keluarga dan kawan-kawan... Adakah kita memainkan peranan sebagai khalifah di mukabumi Allah ini dengan baik dan cara yang betul? sama ada sebagai hamba, anak, adik/abang, sahabat, pekerja atau siapa pun diri kita......?

Bak kata ustaz Pahrol
"Jika Islam digelapkan oleh umat Islam sendiri, maka untuk menyerlahkan kembali cahaya Islam itu, umat Islamlah yang perlu diproses dan dibangunkan terlebih dahulu."

Renung-renungkan....dan renung lama-lama....hihihi

Jazzak...

Friday, March 4, 2011

Ya Allah... Aku dah Tua....

Bismillah.....

Thank you for all birthday wishes... seriously, i am flattered...huhu
I am getting old, and no one can stop the ticking clock(unless the battery died...hehe)



I don't think I need any present anymore, coz I just realize that u guys are the most precious gift Allah had ever sent me.....
Time never stops.... and we could never stop getting older~~
But make sure we don't forget our first duty of living okey kawan2 ku.....hihi

Firman Allah;
"Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada ku"
[al-Dhariyyat 51:56]

Okey Shikin dan kawan2 Shikin....Jangan lupa yang 5, sebelum datang yang 5...[yuk muhasabah]

Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup, sebelum mati......

Masa dan usia diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi, kualitinya. Bukan lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya, tetapi bergantung kepada bagaimana ia di urus dan untuk apa ia digunakan [ustz Pahrol Juoi]


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ (خ 5933)
Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya: kesehatan dan waktu luang”. (HR. Bukhari, no: 5933)


Tanpa kita sedari, setiap sambutan hari lahir kita, menjadi sebuah peringatan kepada bertapa hampirnya kita dengan kematian dan persoalan bagaimana kita menguruskan nyawa... Maha suci Allah yang lebih tahu akan takdir kita.
Dan Subahanallah kita dibekalkan dengan para sahabat yang mengiringi dan menemani ketika suka mahupun duka, senang, mahupun payah....
Ya, ramai di kalangan manusia yang mahukan nama, pangkat, kesenangan dan sanggup menggadaikan persaudaraan demi meraih DUNIA....
Akan tetapi sahabat2 ku, engkau bukanlah dari kalangan MEREKA....
Buktinya,
ketika aku dihimpit kesulitan KAU BERSAMA KU...
ketika aku dilambung kemelut dunia KAU BERSAMA KU...
ketika aku merantau jauh, KAU TIDAK MELUPAKAN AKU....

Dari Anas RA dari Nabi SAW bersabda, “Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”

MasyaAllah.... korang mmng teman sejati..... segan aku....huhuhu
Lagu ni KHAS for each and every one of you... Yang kenal, tak kenal, belum kenal...hihihi...
Lagu ni sangat bermakna /favorite/ mengingatkan kita pada sahabat2 yang tersangat dirindui....

"Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita.............."



Jazzak.....

Thursday, February 3, 2011

Banjir???


Bismillah.....

Alhamdulillah, misi merantau semula ke kampung halaman, went smoothly...
teringat dialog beli tiket semalam....

"Kak, tiket balik johor esok ada?
"Ada....eh dik...bole ke balik Johor skarang ni? Kan ke Johor banjir skarang ni?"
"oh, yang banjir tu bahagian Labis dan Segamat... Alhamdulillah, Skudai tak kena"
"Ala....Johor jgk kan?"
"hehe...iya, Tapi kwasan je tak sama..."

Perasan sesuatu tak? Kita ni cepat sangat pukul rata semua benda yang kita tau....haha
Contohnya macam Mesir... Skarang ni tegah bergolak dek sebab kedegilan pakcik Mubarak tu.... Sorang sahabat bertanya dengan penuh concern....

"Kin, family dah balik ke dari arab? Skarang ni tengah bahaya kat sana... Takut betul tengok berita tu"
"Ha? Owh dah balik dah...Alhamdulillah selamat.. Oh yang pergolakan Mesir tu ye?"
"Hah! iye lah....Kat arab tu...."
"Itu Mesir kak, bukan arab saudi.. tak same tempat tu...."
"Alah ikin ni....Mesir pun arab jugak....lebih kuranglah tu..."

Ataupun contoh terdekat.....Mak...

"Dik, drama ape ni? Best sangat ke drama Jepun ni?"
"Ini drama Korea lah mak...."
"Same aje sepet mate nye... Semalam pun tengok drama macam ni jugak, drama cina kan...?"
"Aduh mak, semalam tu drama Jepun....."
"Samelah tu Cina ke Jepun ke Jawa ke....."
"Adeh bondaaaa saye ni.........."[*..*']

Moral: Ada antara kita yang agak sensitif dan teliti dalam mengetengahkan suatu fakta. Kalau ada yang salah cakap, kita jadi susah nak terima. Tapi kene ingat, yang tak semua orang di luar sana, yang mengetahui fakta sebenar, dan teliti seperti kita kan? Terangkan jika mereka mahu mendengar.... Kalau tidak, cukuplah sekadar mengambil jalan untuk tak berdebat....

Berkata Rasulullah s.a.w "Aku ialah pemimpin sebuah tempat di syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar" (Riwayat Abu Daud)

Berdebat yabg Rasulullah maksudkan ni, menegakkan samada kebenaran atau keegoan dengan kelantangan...kedua2 pihak mahukan kemenangan....Lebih baiklah diam... atau apa yg dikatakan sekarang sbagai "Act Professional".....
Haha....

Renung-renungkan....dan selamat Termenung..... hihihi

Jazzak

Friday, January 21, 2011

Go 2011! Go Shikin!!


Bismillah.....

Alhamdulillah. Tahun baru dah bermula....
Go shikin! Go shikin ! Azam baru shikin!
Flow with mahmudah....AWAY from mazmumah.....!!!
Bukan Shikin aje....Dgn sahabat2 dia sekali!
Ayuh kawan2 kepada shikin atau yg kenal dgn dia atau yang tak kenal lansung.....hehehe
Ayuh! Ayuh! Ayuh!
Tahun ni harus lebih baik......jauh lebih baik daripada tahun lepas....
Semangat! semangat! semangat!
Paling penting..........ISTIQAMAH dalam semua perkara mahmudah yg for sure MUDAH...hehehe
(InsyaAllah....x mau tingalkan bl0g ni bersawang....hihihi)

Gunakan Akal sebaik2nya.....
Pelihara hati dengan teliti.....
Berterima kasih dengan segala nikmat yang Allah bagi dengan bersyukur...
teguhkan keimanan, InsyaAllah....

Go! Go! beep! beep!
(p/s: that was fun....hehehee)

Jazzak....