Wednesday, December 23, 2009

Talking about Friends....

Bismillah…..


Hmm.....Friendship… besar maknanya dalam kehidupan makhluk yang bernama manusia. Ada ke orang yang boleh hidup tanpa sahabat atau kawan ni? If you ask me, I would say NO! I can’t survive living in crowd of friends and not making or accept those who want to make friends with me. Times really teaches us to know them better each and every day. Ada yang membimbing, ada yang main-main, ada yang pemarah, ada yang membuli, ada yang ambil kesempatan, ada yang mengada-ngada, ada yang berkawan masa senang je, ada yang mendengki (masyaAllah, seriously dah pernah jumpe type macam ni) dan macam-macam lagi. Pada sahabat yang still stick with me, you guys are the most precious gift Allah had ever sent me. Lebih-lebih lagi yang banyak memberi semangat masa aku terjatuh, gedebuk, sampai tak berupaya nak bangun lagi suatu masa dulu (pun disebabkan kawan jugak…huhuhu).



Banyak risiko orang yang suka berkawan sebab takut terkawan dengan bad influencer atau orang yang tak ikhlas, but in the same time, rugi la pulak mereka yang tidak terbuka dan tidak mahu berkawan sebab tak berpeluang belajar tentang keletah manusia ni. Memang kadang-kadang boleh menangis dengan karenah kawan-kawan ni, tapi itulah hakikat pendidikan hidup. Tak kenal, maka tak tau kan… kan… kan…?

Something I learnt…. Ada juga mereka-mereka yang kita tak boleh nak buat kawan, bukan sebab memilih, tetapi disebabkan attitude yang kita tak boleh nak terima dan kepercayaan yang dikhianati.... Nak buat sahabat, jauh sekali. Fitrah manusia tu, Allah ciptakan dengan 1001 ragam dan semua orang tak sama. Kalau nak tau masalah berkawan tu berpunca daripada siapa, cuba check balik diri sendiri. Dalam ramai2 kawan kita, lebih ramai yang masih kekalkan ikatan dengan kita, atau lebih ramai yang tinggalkan kita (dalam kata lain, reject kita sebagai sahabat)…?? [hmm… ramai x yang reject aku ekk? Ape agak2 nye silap aku ek??......... hmmmm (~,~) ]
Until today, Allah dah temukan aku dengan sahabat2 yang sanggup bersusah dan senang dengan aku. May Allah bless them with peaceful and joyous life sampai bila-bila, sebab aku tak mampu nak balas segala kebaikan yang mereka dah beri pada aku sepanjang melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan onak dan taufan ni. Bila aku leka, mereka berusaha merantai nafsu aku supaya tersentap dan tersedar keimanan aku dengan segala nasihat yang tak pernah putus.

To each and every one of you, sayang sangat dengan korang [muslimah lebih2 la lagi…], kerana Allah..[^_^] nak jugak state nama sorang2, tapi, tak mampu sebab nanti takut ade yang terlupa nak state, kecik hati pulak…hehehe….

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Pada sang sahabat-sahabat yang telah hadir dan menceriakan hidup ni, daripada aku kecil, sampai lah dah besar tapi tak tinggi ni, tidak akan aku lupakan ukhuwah yang terjalin sesama kita. InsyaAllah sampai bila-bila, and hope you guys does the same. Semoga perjuangan kita kerana Allah didunia ini, menemukan kita semua semula di akhirat kelak…..InsyaAllah… Jazzak~

the Next Chapter of Lesson from Life......

Bismillah...
I learnt about something recently about how hardshipness in life teaches a person to appreciates time....

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran" (al-Asr: ayat 1-3)

Very true. Masa yang dah pergi, takkan dapat ditimba semula daripada telaga waktu kerana itu, ianya tersangat berharga lebih daripada emas. Dah lama tak update blog, sebab xde internet dan kesuntukkan waktu pun iye jugak... penat mengejar waktu ni, sebab ia tak berhenti. Kalau tak manfaatkan betul2, rugi dan kalau dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, luas pintu rezeki dan mudah urusan kehidupan (yang akhirat jangan lupe pula) InsyaAllah~
Macam2 ujian dalam kehidupan yang Allah sediakan dan harus ditempuh, sebelum izrail datang menjemput kita. Semuanya menguji takat keimanan kita, mentally, physically, psychologically...you name it... semua ada...
Semoga kita teguh pendirian, dan kalau tersasar, cepat2 pulang lah ke jalan Illahi, Insya Allah..
Hidup dan lahir sebagai seorang Islam, merupakan sebuah nikmat yang cukup besar buat kita. Agama Allah yang sempurna ini merupakan acuan terbaik dalam membentuk insan yang berkeperibadian yang tinggi (kecuali mereka yang memesong), jika dikaji tokoh2 ilmuan islam dalam sejarah. Kesemua mereka menyelami ayat2 Allah dan berjaya merungkai ilmu-ilmu yang tersirat di sebalik penciptaan Nya....Subahanallah~ Dan begitulah beruntung nya mereka yang memanfaatkan masa....



Moga2 kita dapat menjadikan para Ilmuan2 islam ini sebagai idola kita, dan bukan meng-Idolakan 'Malaysian Idol, atau Idola kecil, dan segala lambakkan Idola2 hiburan di kaca2 tv kerana ianya tidak diredhai dan mendatangkan penyesalan di kemudian hari, disamping memenuhkan tabung dosa yang akan kita pikul di mahsyar kelak......

Walaupun keja part time disediakan melambak2 di luar sana, but our religion is never a part time, mesti fulltime muslim. Jangan jadi macam rancangan tv, lepas rancangan Al-kuliyyah, konsert jom heboh la pulak. Macam janggal pulak rasanya berkonsert, lepas majlis ilmu. Allah baru nak bagi rahmat, terus tak jadi. Umpama orang yang nak bersedekah (perbuatan yang murni), tapi di campakkannya wang ke muka sang fakir (cara yang salah lagi berdosa). Kan biadap tu~
Biasalah manusia tu terlupa dan si tanduk yang hina tu, sentiasa je mendampingi kita dan terus menghasut keturunan adam&hawa untuk terus menutup mata terhadap dosa yang dilakukannya, akan tetapi bila tersedar, TURN BACK ok?? [pesanan ringas ini ditujukan lebih untuk tuan punye blog ini k.... hehehehhehe (^^,)... ] I know you people are doing great out there... InsyaAllah...[^_^]

JazzakAllah [^_^]

Wednesday, December 9, 2009

Mak Warded......again...

Bismillah~

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

Hmm... dah lama tak update blog... seriously rushing and tired, sampai terpaksa cancelkan satu program dengan kawan yang dah dirangka sejak cuti sem bulan lepas. Sorry ye, huhu....

Kakdi, Mawaddah dan baby Madiha, dah selamat sampai di Riyadh. Akmal dah habis paper SPM, and one sad news....MAK WARDED....again.... suspect denggi..
I paid my visit isnin lepas, on the way balik Shah Alam, lepas akmal final paper. She look weak. Ingat nak stay je kat Hospital Jasin tu, but i couldn't do much... Kuliah pun dah banyak tinggal, sebab rushing bantu kakdi pack, then tunggu Akmal SPM, sebelum balik ke Shah Alam.. Alhamdulillah, everything went smoothly. Skarang ni mase untuk rushing here and there to fetch all the notes, and kuliah that I missed (dear helping friends... Allah je yg dapat balas budi kalian). Kakyun, Angah, dan Uda, ada kat Melaka, so kurang sikit rasa risau nak tinggalkan mak kat hospital Jasin tu. Update dengan Kak Yun je la hari2 tentang keadaan mak, but still, rasa risau jugak as long as, she's in there....still.....

Hope, mak stand up, and smile again...dalam keadaan yang sihat InsyaAllah~


[yep...she is in that bulding...Get well soon Mak.... [^_^]